aku ONIEY

kembara mengenal diri

rendu sama kawan-kawan

Aigooo~~terasa rindu pula pada kawan-kawan lama..bila duduk sorang-sorang ney, teringat pula pada kenangan zaman sekolah dulu. Rasanya, zaman sekolah adalah zaman paling indah dalam hidup. Macam-macam kenangan ada; yang pahit, manis, semua ada..
Sekarang ne, masing-masing dah buat hal sendiri..aku pun 2 x 5 aje.. yang masih aku kontek, ha siapa lagila, cik munie yang comel n lovely~~tu la kawan aku yang masih rapat dengan aku dari zaman sekolah lagi~~ kan seronok kalau dapat berkumpul sekali lagi dan berkongsi cerita..,rasanya sehari tak cukup ney~~

ishhh--ni la jadinya bila otak dan hati tak sekata..membebel je...
apapun, sekarang ney aku nak memalaskan badan aku..heheeehheeh~~~

how make up could do magic!!!

I do know now that how makeup could do some magic on a person... Never did I thought, that makeup is necessary, though I know I'll have to wear it once i started working. I never come to like wearing makeup since it's burdensome to me..hehheheheh..(i'm no such feminine)..
these are the pictures I took last Thursday during our makeup session for our coming solo performance..
I do look different, right???



Hahaha..can't even believe my eyes!!that's look so different.. sometimes, my friends could not even notice me when i'm wearing makeup,  or when i do not put my glasses on me.. I might disguise one better day and pretend to be somebody else..that would be fun~~~~
 how do i look???

a day of reflection~~

Days by days, and life seems to be nothing but pieces of puzzle.. Never thought that life could be so short for others while me and the rest are trying to enjoy every single moment life offers.. I just received a bad new yesterday saying one of my dearest schoolmate has passed away due to an accident. Though we were not close, but as a friend, my heart stopped beating for a while. Last year too, one of my classmate was no longer here. It makes me think that life is not a joke. We will never know what will happen ahead. But for those friends of mine, my dearest condolence....
Friends, let live a life now......

kemerengan sekeping jiwa

aaahhhh..tension tol rase skg..nak kta jadual terlampau pack, takde la gak..byk je free time..tapi tu la, rasa macam diri aku dah perlahan-lahan berubah..kalau berubah ke arah kebaikan takpe la juga, ini lebih ke arah negatif..


..kemalasan, kesewelan, kekeliruan..

itula yang aku rasa sekarang.. tapi tu la, otak kata gerak, tangan+kaki+badan semua taknak dengar..semuanye froze...haaaa..camno ney..eden da tatau nak buek lagumano ney....nak kata takde kesedaran langsung, terbitla cket2..tapi tak mampu nak lawan setan dalam hati ney...huhuhuhuuuuuu..

1st day of March~~

how should i begin this month with???hahhahaha..lots of wild ideas going around in my head~~should i do it or not??that's what i have in mind~~~ i miss my family la...nak wat cane ney..da la lama tak balik umah..huhuhuhuuu..
my adorable siblings~~
Ni la rupa tiga daripada empat adik aku.. Yang besau tu Boy, umor 20 tahun (as in 2011), paling encem antara adik beradik lelaki aku, dan tentu2 la yang paling perasaan sekali. But he listens to me well and that's what i like about him~~~ Yang pendek dan agak kiut, tu la adik aku yang ala-ala putera raja cket, putera Haiqal, bapak gler demanding adik aku yang sorang ney...sekarang da pandai men fon, facebookla..pepun kalu ko xleh score UPSR ney, ciapla ko..hahahahhaa..yang gemok cket tu la adik terbongsu aku, Nur Eizliana Amisya aka MISYA..yang tu de la campuran ganas ngan ayu cket..but still, xleh lawan ketomboian aku..hahahhaha..

do we look alike??dont think so...
 Aku jeles tol ngan mata adik aku ney..chantek kot..da la lentik, besar pula tu..huhuhuhuu..jeles2..Ini gambar yang aku amek masa kami bercuti di TERENGGANU..it's been awhile since i went to terengganu..seronok gak gi jalan sekali-sekala ney..

the youngest one in the family..prince and princess of my heart~~
To my dearest, grow up well k..nanti akak kaya cket leh la korang nak demanding..skang ney akak bukan tokey bank..so p mintak ngan PULONG ye dlu pape yang memerlukan duit..klu nak kaseh sayang, satu padang rumput akak leh kasik...hahahaha..

xdela gambar yang len nak letak..sme dalam laptop lame..so pas repair nt leh la aku letak~~~
family is the most important things in my life..i'll do anything for..
sorry because i'm not a good sister, nor i a good daughter..
but this love is always for you~~~

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
- Sumber gambar : allisina.org