KETUTURAN SYED DI KELANTAN, PATTANI DAN CAMPA
Orang yang terawal dan terulung membawa Islam ke Nusantara bernama Syed Husain Jamadil Kubra, seorang berketurunan Arab berasal dari India. Beliau ialah anak kepada gabenor Mala'abar bernama Syed Ahmad Jalaluddin Amir Muazzam Syah, titihan dari penghijrah keturunan Ba'alawi dari Hadramaut dari gelombang pertama. Beliau pernah tinggal selama lapan bulan di Kelantan (1350M). Semasa di Kelantan beliau telah berkahwin dengan Puteri Linang Cahaya. Puteri Linang Cahaya ialah adik-beradik kepada Cik Siti Wan Kembang atau Urduja (pemerintah kerajaan Serendah Sekebun Bunga tegar Tegayung di Kuala Krai), Puteri Cendana (yang berkahwin dengan Sultan Malikul Zahir 1, Raja Samudera-Pasai), Raja Singadiraja (atau Sultan Sulaiman Syah yang memerintah Senggora atau Songkhla) dan Raja Bharubasa (atau Sultan Mahmud Syah yang memerintah kerajaan Cermin di Pattani). Raja Bharubasa akhirnya berpindah ke Kota Jeddah (di barat daya Bukit Panau, Pasir Mas, Kelantan) setelah kerajaannya dimusnahkan oleh kerajaan Siam Sukhotai pada tahun 1345M. Dengan puteri Linang Cahaya Syed Husain Jamadil Kubra beroleh seorang puteri yang diberi nama Siti Aisyah.
Pada tahun 1355M semasa berdakwah di Campa (Kemboja), Syed Husain Jamadil Kubra berkahwin dengan puteri raja Campa (Sultan Zainol Abidin Syah) bernama Puteri Ramawati lalu memperoleh seorang putera bernama Syed Ibrahim Asmarakandi atau Syed Ibrahim Asmaro. Syed Ibrahim Asmaro mendapat tiga anak iaitu Syed Ali Murtado (ke Pattani), Syed Ahmad Rahmatulah dan Maulana Ishak. Syed Ahmad Rahmatullah dan Maulana Ishak dibawa oleh datoknya (Syed Husain Jamadil Kubra) dan bapanya (Syed Ibrahim Asmaro) ke Tanah Jawa untuk misi dakwah di sana. Di Jawa Syed Ahmad Rahmatullah dikenali sebagai Sunan Ampel, salah seorang dari Wali Songo yang mashur itu. Dari keturunan mereka berdualah lahirnya lapan dari sembilan Wali Songo atau Wali Sembilan.
Semasa di Campa Syed Husain Jamadil Kubra telah berkahwin dengan Puteri Selindung Bulan. Puteri Selindung Bulan ialah cucu saudara kepada iasterinya iaitu Puteri Linang Cahaya yang lari bersama bapanya Sultan Baki Syah yang meninggalkan kerajaan Cermin di Pattani akibat tekanan Kerajaan Siam Sukhotai. Kerajaan Cermin ialah sebahagian dari konfederasi Kerajaan Melayur yang memerintah Segenting Kra, Kelantan dan Terengganu. Dengan Puteri Selindung Bulan Syed Husain Jamadil Kubra mendapat pula seorang putera bernama Syed Ali Nurul Alam. Syed Ali Nururl Alam dilahirkan di Kelantan tetapi akhirnya membawa keluarganya perpindah ke Pattani. Maqamnya terkenal dengan panggilan maqam "Sultan Qumbul' terletak di Kampung Garak Ruwain, Binjal Lima, Pattani. Syed Ali Nurur Alam mendapat beberapa anak. Antaranya ialah Wan Abul Abdullah atau Wan Bo (salasilah kepada keturunan Sultan Kelantan, Kerabat Diraja Jembal dan Sunan Gunung Jati, salah seorang Wali Songo di Jawa), Wan Husain dan Wan Demali. Wan Demali akhirnya menjadi pembesar di Pulau Bentan bergelar Pateh Kermawijaya atau nama jolokannya Laksamana Bentan.
Syed Ali Nurul Alam juga mempunyai tiga anak lain iaitu Wan Hassan, Wan Jamal, Wan Biru dan wan Senik. Ketika serangan kerajan Siam Ayuthaya pada tahun 1445M, Wan Bo, Wan Husain dan Wan Demali dibawa oleh datok mereka Syed Husain Jamadil Kubra ke Jawa manakala yang lain berlindung di Campa. Di Jawa Wan Bo berkahwin dengan Syarifah Mudaim yang melahirkan Sunan Gunung Jati, salah seorang dari Wali Songo. Wan Bo akhirnya dipanggil balik ke Campa untuk menjawat Panglima Agong Tentera Campa bagi memerangi serangan tentera Dai-Viet (Vietnam). Dia akhirnya menjadi menantu Raja Campa yang melahirkan Wan Abdul Muzaffar. Dari Wan Muzaffarlah lahirnya salasilah Sultan Kelantan sekarang dan Kerabat Diraja Jembal, salasilah keturunan Tuan Guru Nik Aziz. Ini bermakna Wali Songo di Jawa mempunyai hubungan darah dengan kerabat-kerabat diraja Kelantan.
Para ahli sejarah telah sepakat bahawa orang-orang keturunan Nik dan Wan di Kelantan, Pattani dan Campa adalah dari keturunan Syed Husain Jamadil Kubra. Ini juga bermakna orang-orang keturunan Nik dan Wan di Kelantan, Pattani dan Campa mempunyai hubungan darah dengan Wali songo di Jawa.
p/s-seronok juga sekali sekala baca sejarah negeri kita ney..
cr to d writer ok!!!

0 kata anda:
Post a Comment